Tuesday, September 26, 2006

Fakulti Undang-Undang Mengundi Semula !

27 Sept 2006, Fakulti Undang2- Pengundian semula akan dijalankan berikutan terbongkarnya suatu penyelewengan dalam pengiraan undi pada 21 Sept yang lalu. Jumlah undi yang dibuang didapati melebihi daripada jumlah sebenar pelajar di Fakulti Undang2 yang turun mengundi.Ini menunjukkan bahawa terdapatnya unsur 'pengundi hantu' di dalam PRK kali ini. Tidak mustahil juga perkara yang sama terjadi di fakulti-fakulti lain. Jelaslah kepada kta bagaimana taktik kotor yang biasanya berlaku di dalam Pilihanraya Umum turut juga 'diimport' dan dipraktikkan di dalam kampus Uni Perdana. Bagaimanakah Uni Perdana dapat kembali ke tempat 100 universiti terbaik dunia jika amalan tidak bermoral terus diamalkan oleh mereka yang tidak menyayangi universiti ini. WE LOVE UM!

Penyelewengan Yang Berlaku di dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya 2006


1. Banner nama calon dikeluarkan sebelum waktu yang sepatutnya (hari penamaan calon)
* banner nama calon telah digantung dan diarak di hadapan Kompleks Perdana Siswa. Sepatutnya, tempoh berkempen dibenarkan 2 hari sebelum Hari Mengundi iaitu mulai 9.00 pagi hingga 11.00 malam menurut buku peraturan dan panduan. Tetapi banner yang terdapat nama-nama calon telah digantung walaupun sebelum Penamaan Calon berakhir.

2. Banner di gantung lebih awal dari tarikh yang sepatutnya
* banner kempen telah digantung lebih awal sebelum tarikh sepatutnya. Sepatutnya kempen hanya bermula selepas penamaan calon. Selain itu, banner tersebut ada menyebut calon aspirasi yang menunjuk kepada parti atau kumpulan sedangkan calon bertanding atas tiket individu.

3. Keengganan pengetua kolej kediaman menurunkan tandatangan kepada calon walaupun calon telah menepati semua syarat kelayakan.

4. Buku peraturan dan panduan pemilihan majlis perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Sesi 2006/2007 dikeluarkan awal dari tarikh yang sepatutnya.
* Menurut seorang pelajar Kolej Kediaman Ke-11 bahawa beliau menjumpai 5 hingga 6 buah buku peraturan tersebut di pejabat pentadbiran Kolej Kediaman Ke 11 pada 14 september 2006. Sepatutnya buku tersebut hanya dikeluarkan pada hari penamaan calon.

7. Ugutan terhadap pelajar dan telefon bimbit dirampas.
* Seorang pelajar Kolej Kediaman ke-10 dicerobohi biliknya tanpa sebarang surat kebenaran. Beliau diugut dan dituduh dengan beberapa tuduhan tanpa bukti. Selain itu telefon bimbitnya juga dirampas

8. Siswa Menceroboh Blok Siswi Kolej Kediaman Ke-12.
Seorang siswi Kolej Kediaman 12 menyatakanketidakpuasan hati kerana siswa sewenang-wenangnya naik ke aras 2 ( blok siswi ) pada pukul 3.30 pagi. Beliau amat terkejut memandangkan terdapatnya siswa di blok siswi di waktu malam. Ini menimbulkan rasa kerisauan dan ragu-ragu terhadap tindakan siswa tersebut. Dalam masa yang sama terdapat sekumpulan siswi yang sedang menampal dan mengedarkan risalah –risalah dan tindakan mereka itu mencurigakan.

9. Penafian hak berkempen·

Beberapa orang calon telah dinafikan hak berkempen di beberapa kolej keiaman seperti KK3 dan KK12. Mereka diberikan masa hanya lima minit untuk berkempen sedangkan masa berkempen ialah satu jam. Selain itu ada yang dihalang daripada memasuki kolej tertentu untuk berkempen.

10. Peruntukan pilihanraya.

Seorang pelajar kolej kediaman ke-3 melaporkan telah menjumpai surat rasmi yang dialamatkan kepada Pihak Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni(HEPA) untuk peruntukan jentera pilihanraya kolej. Adalah suatu yang meragukan apabila setiap jentera pilihanraya kolej layak menerima perbelanjaan purata melebihi RM 3000 hanya hasil kerja keras selama seminggu tempoh demam pilihanraya.

11. Salahguna Kuasa Jawatan Kuasa dan Pentadbiran Kolej·

Presiden-Presiden Kolej Kediaman seta ahlijawatankuasanya didapati menyalahgunakan kuasa mereka dalam mengugut pelajar serta berkempen untuk calon ‘aspirasi’. Malah mereka turut melakukan kesalahan seperti meraih undi pada hari pengundian· Pentadbir kolej Kediaman juga melakukan hal yang sama. Mereka mengadakan perjumpaan dengan pelajar kolej bertujuan untuk berkempen bagi calon ‘ aspirasi’. Pelajar juga diugut dan diancam akan dibuang kolej jika tidak melakukan sedemikian.

12. Calon Melanggar Peraturan Kempen Iaitu Tidak Mematuhi Tempoh Atau Masa Kempen Yang Telah Ditetapkan·

Seorang pelajar melporkan beliau telah menyaksikan bahawa telah diadakan kempen dan pengenalan calon Aspirasi di Dewan Nukleus Kolej Kediaman Za’aba pada malam 18 September 2006. Terdapat 4 orang calon Aspirasi telah diperkenalkan dan berkempen pada malam tersebut. Mereka telah memperkenalkan diri sebagai calon aspirasi dan membentangkan sedikit berkenaaan dengan manifesto mereka12. Memancing Undi Di Tempat Pendaftaran Mengundi· Seorang Pelajar Fakulti Sains Tahun Pertama Universiti Malaya mengaku telah dipancing undi ketika membuat pendaftaran kehadiran mengundi di Kolej Kediaman Ketiga.· aktiviti memancing undi dan berkempen adalah dilarang sama sekali pada hari membuang undi13.

13. Senarai Nama Calon Dibiarkan Bersepah Tanpa Tindakan Oleh Pihak Kolej

* Pada hari Khamis, 21 September 2006, pada jam 7 seorang pelajar KK 17 mendapati jalan-jalan antara blok dipenuhi dengan kertas-kertas yang terdiri dari warna merah, putih dan biru. Bukan setakat di atas jalan-jalan antara blok, malah di setiap aras dan tangga bilik dipenuhi dengan kertas-kertas tersebut.Kertas-kertas tersebut adalah terdiri dari senarai nama-nama calon yang menggelarkan diri mereka aspirasi

* Di dalam buku peraturan Bahagian IV Hari Mengundi (26) Larangan Memancing Undi di dalam dan di Sekitar Tempat Mengundi. Tetapi apa yang terjadi pihak Jawatankuasa Pemantau hanya membiarkan sahaja fenomena sedemikian berlaku tanpa tindakan.

14. Saiz Banner Lebih Besar Daripada Saiz Yang Sepatutnya·
Seorang siswi melaporkan bahawa beliau ternampak 1 bannner calon bagi Fakulti perubatan yang tidak menepati syarat – syarat yang ditetapkan. Ia menghimpunkan dua nama calon bagi fakulti perubatan di dalam 1 banner. Sepatutnya calon tidak boleh bertanding secara berkumpulan ia, keadaan ini memungkinkan kedua-kedua calon dari fakulti dibatalkan pencalonannya.

15. Pemalsuan Maklumat Tentang Pelepasan Waktu Kuliah
* Kebanyakan pelajar yang tinggal di Kolej kediaman menyatakan ketidakpuasan hati kerana mereka telah dimaklumkan oleh pihak JTK dengan maklumat palsu yang mengatakan kelas dari pukul 8 hingga pukul 1 petang dibatalkan pada hari pengundian. Sedangkan tiada sebarang notis dikeluarkan di mana-mana fakulti. Inimenimbulkan kesulitan kepada para pensyarah yang menjalankan kelas pada hari berkenaan.* Jelas tindakan ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati penghuni kolej yang lain.

Sunday, September 24, 2006

:: Perspektif: Kampus patut elak politik kebencian

Perspektif: Kampus patut elak politik kebencianBersama Saifuddin Abdullah (Berita Harian 22/9/2006)
KEPUTUSAN pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2006/2007 di 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kelmarin menunjukkan majoriti yang menang ialah calon dilabelkan prokerajaan, yang diberikan gelaran lebih lunak – proaspirasi. Majoriti yang kalah, termasuk enggan bertanding ialah calon dilabelkan propembangkang.
Keputusan ini sudah diduga. Ia berikutan ada kampus yang semua kerusi dipertandingkan atau majoriti atau sebahagian daripadanya dimenangi tanpa bertanding oleh calon dilabelkan proaspirasi ketika penamaan calon.
Ini kali keenam semua universiti itu mengadakan pilihan raya serentak. Kali pertama ialah pada 29 November 2001, iaitu bagi sesi 2001/2002. Menurut Kementerian Pendidikan (ketika itu), penyeragaman ini penting dalam membantu kementerian memantau kegiatan mahasiswa sepanjang tempoh berkempen.
Pada pilihan raya kampus sesi 2000/2001, dikatakan ada mahasiswa dibantu pihak luar menggunakan taktik berkempen dikatakan tidak sihat. Frasa ‘dikatakan’ digunakan kerana premis keputusan itu tidak dibincangkan dengan mendalam. Antaranya siapa pihak luar dimaksudkan itu? Bagi yang memahami politik kampus, lazimnya pihak luar itu ditujukan kepada pembangkang. Bagaimana jika pihak luar itu turut membabitkan orang kerajaan?
Serentak dengan penyeragaman tarikh itu, beberapa peraturan pilihan raya mula dilaksanakan hinggalah ke pilihan raya kali ini. Tetapi, peraturan itu tidak pula seragam bagi semua universiti.
Namun, persoalannya tetap sama ada paradoks dalam pendekatan, konsep dan kandungan sebahagian daripada peraturan itu.Pilihan raya kampus memerlukan peraturan. Tetapi, peraturan tidak perlulah terlalu banyak.
Kini, peraturan begitu banyak hingga satu-satunya peraturan yang belum dilaksanakan seperti calon dikehendaki memakai pakaian seragam. Jika peraturan ini diadakan, maka lengkaplah percubaan pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa saling tidak tumpah seperti pelajar sekolah menengah.Tidak paradoks.
Kita ingin mahasiswa dewasa, tetapi kita memperbudakkannya. Kita ingin mahasiswa berfikir di luar kotak, tetapi kita memperkotakkannya. Kita ingin meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam pilihan raya kampus, tetapi kita mengenakan syarat supaya calon mesti mempunyai Purata Gred Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi.
Syarat mempunyai CGPA tertentu adalah wajar kerana mahasiswa gagal peperiksaan atau lulus dengan markah rendah tidak sesuai menjadi pemimpin, kerana pemimpin adalah model. Soal calon lemah akademik akan menanggung risiko jika menang MPP mungkin tidak timbul. Jika mahu menjadi pemimpin perlu berani menanggung risiko. Malah, calon yang tinggi CGPA pun belum tentu tidak menanggung risiko.
Tetapi, tidak perlulah syarat CGPA terlalu tinggi. Pilihan raya kampus bukannya latihan akademik. Ia latihan kokurikulum, latihan kepemimpinan. Ada mahasiswa CGPAnya tidak tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya tinggi.Usahlah menafikan peluangnya cemerlang dalam bidang difikirkan mampu boleh cemerlang.
Ada mahasiswa yang CGPAnya tinggi, tetapi bakat kepemimpinannya rendah. Usahlah memaksanya berbuat perkara yang tidak diminatinya.Ada kalanya kita tidak ada premis kukuh dalam membuat penilaian dalam hubungan antara prestasi akademik dan kokurikulum. Profesor Universiti Harvard Harry R. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without Soul mengatakan, apabila keputusan akademik mahasiswa kurang memuaskan, lazimnya fokus diberikan terhadap kelemahan mahasiswa dan bukan terhadap kerendahan kualiti pendidikan ditawarkan universiti.
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan keputusan akademik mahasiswa. Sebaliknya ia jelas meningkatkan sikap mereka. Jika mahasiswa tidak seronok dengan pelajarannya, adalah menjadi tanggungjawab universiti memperbaikinya, bukan dengan cara mengehadkan kehidupan kokurikulumnya.
Menyekat perkara diminati mahasiswa bukanlah cara untuk membuat mereka lebih meminati perkara lain. Yang menjadi persoalan ialah kita ingin mahasiswa bersuara, tetapi kita hadkan tempoh masa berkempen. Mengehadkannya kepada seminggu adalah wajar kerana kampus dan jumlah pemilih tidak terlalu besar.
Tetapi mengehadkannya kepada tiga hari adalah keterlaluan. Kita ingin mahasiswa kreatif, tetapi ada universiti mengehadkan poster pilihan raya kepada warna hitam dan putih. Alasannya bimbang digunakan warna tertentu yang dianggap meniru warna parti politik tertentu.
Usahlah sampai alergik dengan warna tertentu.Ada ketikanya kita tidak adil dalam membuat peraturan. Contohnya, mahasiswa kampus tempatan tidak boleh didekati parti politik. Tetapi, mereka memahami politik kampus, termasuk pilihan raya kampus tahu apa sebenarnya berlaku.Malah, mereka menyoal mengapa mahasiswa di luar negara digalakkan menyertai parti politik tertentu dan diundang berucap pada mesyuarat agung tahunan parti tersebut?
Sebahagian peraturan dikenakan ini membayangkan seolah-olah ada pihak tertentu yang seperti takut berhadapan dengan pilihan raya kampus. Adakah kerana takut ada mahasiswa propembangkang? Hakikatnya ialah tidak mungkin semua mahasiswa menyokong kerajaan.
Jika ada tidak menyokong kerajaan, ini tidak semestinya bermakna menyokong pembangkang. Kalau ada menyokong pembangkang, ini adat politik. Inikan pula politik kampus. Ramai mahasiswa menyokong pembangkang apabila meninggalkan kampus dan ramai juga menyokong kerajaan.
Ada Ahli Parlimen parti pemerintah hari ini yang tidak menyokong kerajaan ketika di kampus dulu. Malah, ada sebelum ini pernah menjadi menteri, kemudian menjadi pembangkang, tetapi menjadi menteri semula. Pada masa sama, adakah jaminan bahawa semua dilabelkan proaspirasi itu benar-benar proaspirasi? Apakah tidak mungkin ada yang menyamar? Atau universiti tertentu mengatakan sebahagiannya proaspirasi semata-mata untuk mengelakkan banyak sangat soalan daripada pihak tertentu?.
Sekiranya ingin memancing sokongan mahasiswa, mesti bijaksana berdepan dengan mereka. Mesti rajin mendampingi mereka dengan ikhlas dan tulen. Mesti berbahas dengan artikulatif dan persuasif. Menteri yang berani berdebat di kampus cuma segelintir, contohnya Datuk Seri Nazri Aziz.Kita bimbang, jika terlalu mengongkong, ada mahasiswa mengambil keputusan untuk aktif di kampus, tetapi menerusi persatuan lain dan bukannya MPP.
Apabila ini berlaku, yang rugi ialah kita semua.Pilihan raya kampus adalah gelanggang latihan kepemimpinan. Berilah mereka ruang untuk menyuarakan idealisme mahasiswa. Sekiranya ada melampaui batas, ambil tindakan perundangan berasaskan kebenaran dan keadilan.
Tetapi, sebelum kesalahan berlaku, berilah kebebasan.Yang penting bukan keputusan pilihan raya kampus kali ini, sebaliknya memastikan pilihan raya dan politik kampus berperanan secara efektif dalam mencapai salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu mempunyai demokrasi matang. Pilihan raya dan politik kampus adalah proses pendidikan demokrasi.
Datuk Saifuddin Abdullah adalah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998 - 2002)
MAHASISWA menganggap artikel ini perlu diberi pengiktibaran kepada semua warga kampus terutama yang sanggup menjaga periuk nasi (katanya) demi untuk mengalahkan pilihan MAHASISWA. Fikirkanlah..

Friday, September 22, 2006

Kemenangan BESAR buat GAGASAN

Jutaan tahniah diucapkan kepada seluruh jentera GAGASAN dan proksi-proksinya yang telah bertungkus lumus berusaha untuk kemenangan besar GAGASAN pada kali ini. Alhamdulillah kerana kita mendapat kemenangan hakiki disisi Allah s.w.t. serta berjaya mempamerkan kembali kekuatan GAGASAN meskipun tewas bermaruah setelah bertarung di padang yang tidak rata.

Satu peringatan bagi semua penyokong dan pendokong GAGASAN bahawa tiada sebab untuk kita bersedih dengan kekalahan bermaruah kita bahkan ASPIRASI kini sedang menanggung malu kemenangan bacul mereka setelah tembelang mereka pecah di Fakulti Undang-undang.

Yakin dan percayalah bahawa Allah s.w.t. sentiasa bersama kita dan janganlah kita bersedih sebagaimana firman Allah s.w.t. ”Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...” (At-Taubah : ayat 40).

Sesungguhnya kalah dan menang adat pertandingan namun tewas bermaruah lebih baik dari menang bacul dengan menipu yang pastinya memalukan. Kekalahan kita sebenarnya tidak sia-sia bahkan mendapat pahala yang besar dari Allah setelah kita berusaha sedaya-upaya berjuang di medan dakwah demi keadilan, kebenaran dan demi Islam agama yang tercinta. GAGASAN tidak pernah gentar dengan ancaman dan ugutan musuh-musuhnya bahkan amat yakin dengan pertolongan dari Allah s.w.t.

Yakinlah semua penyokong dan pendokong GAGASAN dengan firman Allah s.w.t., “Orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya setelah mereka mendapat luka (dalam Perang Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa pahala yang besar. (Iaitu) orang-orang yang (mentaati Allah dan RasulNya) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan : ’’Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka’’ Maka kata-kata itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab ”Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” Maka mereka akan kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Ali-’Imran : ayat 172-174)

Kemenangan adalah milik Allah s.w.t. dan segala apa yang berlaku adalah ketentuanNya serta pasti ada hikmah di sebaliknya. ”Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, selainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum kami menjadikannya...”(Al-Hadid : ayat 22). ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : ayat 216) ”Janganlah kalian mengira bahawa hal buruk bagi kalian bahkan ia baik bagi kalian...” (An-Nur : ayat 11)

Oleh itu, pasakkan didalam hati setiap pendokong GAGASAN firman Allah ”Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami” (At-Taubah : ayat 51) nescaya kita akan tenang dalam menghadapi semua ketentuan ini. Apa yang paling penting adalah sabar dan redha dengan segala ketentuanNya.

Rasulullah s.a.w. menunujukan qudwah yang terbaik kepada kita dalam menerima dugaan dan cubaan dariNya. ”Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan” (Ar-Ra’d : ayat 24)

Dengan kesabaran kita menghadapi dugaan dan cubaan ini mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan ”Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah : ayat 157)

Kita harus bersabar dengan kekalahan ini kerana itulah yang terbaik bagi kita dan pada masa yang sama sentiasa memohon pertolongan dari Allah serta bersiap sedia dalam menempuhi perjuangan seterusnya. ”Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku, Dan Allah sajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan” (Yusuf : ayat 18), ”Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu” (Luqman : ayat 17), ”Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia...”(Ali-’Imran : ayat 200)

Bersabar akan menguatkan kita dan menenangkan hati-hati kita kerana orang-orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan dari Allah dan sentiasa yakin dengan janjiNya ”..maka Allah mengetahui apa yang ada di hati mereka lalu Dia turunkan ketenangan keatas mereka...” (Al-Fath : ayat 18)

Hentikanlah tangisan dan kesedihan kalian semua dan gantikannya dengan berdoa, muhasabah dan bermunajat kepada Allah s.w.t. serta yakinlah dengan balasan yang terbaik yang bakal diterima di akhirat kelak, ”Tiada doa selain ucapan : ”Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Lalu Allah memberikan kepada mereka balasan di dunia dan sebaik-baik pahala di akhirat (syurga)” (Ali-’Imran : ayat 147-148)

”Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialah kamu...” (An-Nisa’ : ayat 71) dalam menempuhi perjuangan kita yang masih jauh dan belum selesai. ”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui...” (Al-Anfal : ayat 60)

Bersiap sedialah dengan apa sahaja kekuatan yang kita ada bagi menggentarkan musuh-musuh biarpun kita menderita kesakitan kerananya. Penderitaan yang kita tanggung dalam menghadapi perjuangan ini pastinya tidak sama dengan musuh, ”Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula) sebagaimana kamu menderitainya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang mereka tidak harapkan” (Surah An-Nisa’ : ayat 104)

Perjuangan kita adalah perjuangan yang suci dan kemenangan yang hakiki sentiasa bersama kita. ”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang baik” (Al-’Ankabut : ayat 69)

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. ketika baginda bersemangat menyarungkan baju perangnya untuk menuju ke medan Perang Badar Al-Kubra ”Pasukan musuh pasti akan ditakluki dan mereka akan mundur ke belakang...” (Al-Qamar : ayat 45) Semangat dan keyakinan sebeginilah yang perlu ada dalam hati setiap pejuang Islam dalam menentang musuh-musuhnya.

Yakinlah dengan perjuangan ini, walaupun tewas tidak bermakna kita berada di pihak yang salah, tetapi kita tetap berada di jalan yang lurus dan benar kerana kita menolong agamaNya, ”Hai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan mengukuhkan kedudukan kalian” (Muhammad : ayat 7)

Sampaikanlah khabar gembira kemenangan kita dan janganlah bersedih kerana kita dimuliakan oleh Islam dan perjuangannya. ”Mereka berada dalam gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tiada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) bersedih hati” (Ali-’Imran : ayat 170)

”Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kalian adalah yang paling bertaqwa” (Al-Hujurat : ayat 13). Maka dengan itu, bergembiralah dengan khabar gembira dan pahala yang bakal kita perolehi hasil dari penat lelah kita dalam perjuangan ini. ”Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat” (Ali-’Imran : ayat 148)

Kemenangan, kegembiraan dan ketenangan adalah milik kita dan ”segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami...” (Fathir : ayat 34)


Amaran buat aspirasi

Jaga jaga, ASPIRASI
Tentera GAGASAN, sudah tiba !!!

Bersuka-rialah ASPIRASI dengan kemenangan palsu yang diperolehi hasil daripada penipuan, ugutan, penindasan, paksaan dan juga diskriminasi yang telah kamu lakukan. Mereka adalah golongan yang menang tetapi tewas dalam kebodohan sendiri. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mencapai kemenangan walaupun terpaksa menggadaikan prinsip keadilan dan kebenaran. Demi mencapai matlamat, mereka menghalalkan segala cara dan pendekatan. Golongan ASPIRASI sebenarnya sangat bermasalah dan berpenyakit. ”Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta” (Al-Baqarah : ayat 10)

Mereka berbangga dan leka dengan kemenangan bacul dan palsu mereka sehingga melupakan segalanya. ”Bermegah-megah telah melalaikan kamu sehingga kamu masuk ke dalam kubur...” (At-Takathur : ayat 1-2).

”Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras hatinya untuk menerima peringatan Allah” (Az-Zumar : ayat 22). Adakah mereka menyangka kemenangan mereka kemenangan dalam erti kata yang sebenarnya? Sesiapa sahaja boleh menang sekiranya menipu, mengugut, menindas, memaksa dan melakukan diskriminasi kepada pihak lawan. Beradu di padang yang tidak rata menyerlahkan kebaculan dan sifat pengecut mereka.

ASPIRASI sanggup menghalalkan apa sahaja untuk menang kali ini. Mereka tiada prinsip perjuangan yang sejati dan tidak mengetahui dan memahami erti perjuangan yang sebenarnya. ”Ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih teruk jalan hidupnya (daripada binatang ternak)” (Al-Furqan : ayat 44)

Golongan ASPIRASI adalah ”mereka mempunyai hati tetapi tidak tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah); mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah); dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah)..” (Al-A’raf : ayat 179)

Mereka sukar menerima hakikat kelemahan mereka serta menolak segala ajakan kearah kebaikan, keadilan dan kebenaran. ”Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran) Allah memalingkan hati mereka” (Ash-Saffat : 5)

Perbezaan yang besar jelas antara GAGASAN yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan dengan ASPIRASI yang bacul serta menegakan kebatilan. ”Diantara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat” (Surah Ali-’Imran : ayat 152) ”Maka apakah sama orang yang beriman dengan orang yang fasiq (kafir)? Mereka sudah tentu tidak sama” (As-Sajadah : ayat 18)

”Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya. Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus” (Al-Baqarah : ayat 213)

”Apakah mereka mencari kemuliaan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya, segala kemuliaan itu hanya ada disisi Allah” (An-Nisa’ : ayat 139)

Dendam kesumat dan dengki mereka terhadap GAGASAN semakin membara apabila melihat sokongan terhadap GAGASAN semakin bertambah dan terbongkarnya penyelewengan yang sering mereka lakukan. ”Dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kalian. Katakanlah (kepada mereka) : ”Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu...” (Ali-’Imran : ayat 119)

”Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah : ayat 40)

Kepada ASPIRASI yang menang dengan penipuan, berjaga-jagalah kamu kerana tentera GAGASAN sudah datang. Kami tidak akan pernah berputus asa ataupun kecewa dengan perjuangan ini. Segala penyelewengan dan penipuan kamu itu pasti akan terbongkar, kekalahan akan menanti kamu setiap masa dan ketika. Kami GAGASAN telah bersiap sedia dengan segalanya untuk menghadapi segala kemungkinan dan cabaran yang bakal mendatang. Kepada ASPIRASI, tunggulah masanya!!!

Wednesday, September 20, 2006

GAGASAN gegarkan Malam Pengenalan Calon.Aspirasi di mana?

Tuesday, September 19, 2006

GAGASAN gegarkan Malam Pengenalan Calon.Aspirasi di mana?

Auditorium Komplek Perdana Siswa sekali lagi digegarkan lagi oleh Gagasan Universiti Malaya (GAGASAN ) pada Malam Pengenalan Calon. Ucapan-ucapan bersemangat daripada Calon-calonUmum yang bertanding serta laungan serta sorakan penyokong-penyokong yang memenuhi Audi menggamatkan suasana malam tersebut. Walaupun begitu kekecewaan dirasai oleh mereka yang hadir kerana calon-calon ASPIRASi tidak pun hadir memperkenalkan diri. Mengapa? Kemanakah mereka?

GAGASAN gamat hari penamaan calon


Monday, September 18, 2006

GAGASAN gamat Hari Penamaan Calon

OLEH teina_mn

BANGUNAN PEPERIKSAAN, 18 Sept. – Dataran dibanjiri oleh lebih 300 mahasiswa pro GAGASAN berkumpul di sini kira 8 pagi demi memberi sokongan luar biasa kepada calon-calon pilihan mahasiswa pada Hari Penamaan Calon.

“Kita mempunyai idealisma yang sangat jelas. Kedatangan kita, 3 group (PMIUM, Gagasan & komuniti mahasiswa) hari ini demi membawa masej yang sangat jelas buat pemimpin-pemimpin boneka ASPIRASI,” tegas Sdr. Abdullah, Pengarah Eksekutif GAGASAN.

Sdr. Abdullah turut melahirkan penghargaan kepada seluruh mahasiswa yang terlibat dalm perhimpunan aman ini; dengan pelbagai banner, headband dan sebagainya.

“Pihak Dato (TNC HEPA) tidak perlu berasa hairan. ASPIRASI tidak perlu berasa hairan dengan kebangkitan gelombang kami (GAGASAN, Aspirasi Mahasiswa. Kita harap playground (PRK) ini adil dan bebas,” Tegas Sdr. Mohd Nazree Mohd Yunus, Yang Dipertua PMIUM.

Mohd Nazree juga melahirkan rasa kecewa kerana menerima pelbagai ugutan oleh pihak-pihak tertentu kelmarin. Namun, beliau menunjukkan semangat tinggi disebabkan oleh dokongan yang tidak berbelah-bahagi lebih 300 mahasiswa di sini.

Pihak kami cuba mendapatkan respon Sdr.Hafiz 12th, Ketua Regim ASPIRASI di sini berhubung kegamatan pihak Gagasan, namun beliau enggan mengulas. –Tiena_MN

Banner Tunggal Aspirasi

Gambar segelintir Mahasiswa ASPIRASI HEP sedang memegang banner dan berkumpul di perkarangan Bangunan Peperiksaan demi memberi sokongan kepada calon mahasiswa tajaan HEP pada hari penamaan calon MPM di sini. [18/9/06 || 11.00pg]

Sunday, September 17, 2006

Calon, Banner Aspirasi Sudah Siap???

TERGEMPAR!!!!!!!! Banner calon A.S.P.I.R.A.S.I sudah siap di bilik
Sekretariat Feskum 2006, KPS UM; walaupun hari Penamaan Calon MPM pada 18 Sept.2005(Isnin). GAGASAN tampil bantah melalui panggilan telefon kepada Dato' TNC HEPA, namun dituduh sebagai pihak pembangkang Universiti. Mahasiswa Sedih.Tahniah! Dato Dr. Razali Agus (TNC HEPA) & Jawatankuasa Pemilihan MPP kerana sanggup mengkhianati amanah seluruh Mahasiswa UM.
[16/9/068.10mlm]

Gagasan Power!

PERATURAN PILIHANRAYA DILANGGAR LAGI– JALANKAN KEMPEN SEBELUM TARIKH YANG DIBENARKAN!


Peraturan pilihanraya yang telah ditetapkan oleh nampaknya telah dilanggar lagi oleh kelompoik aspirasi. Sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya di dalam Akhbar Kosmo keluaran 16 September 06 bahawa pihak beliau hanya akan membenarkan kempen dijalankan 3 hari sebelum pilihanraya. Ini bermakna sebrang kempen sebelum 18 September 06 adalah tidak dibenarkan .

‘Banner’ yang digantung di kafe kolej kediaman ke-12 yang secara jelas menyatakan kempen untuk mengundi calon aspirasi menunjukkan betapa kelompok aspirasi ini tidak menghiraukan lansung peraturan pilihanraya yang telah ditetapkan Apakah gunanya sesuatu peraturan dibuat jika dengan sewenang-wengannya dilanggar secara terang-terangan?